Monday 5 January 2015

5 cara menangani stress



Menjadi seorang pelajar di universiti atau kolej memang menyoronokkan tetapi ia juga boleh membuat kan kita tertekan dengan pelbagai masaalah antaranya kerja kursus yang perlu disiapkan, kekurangan wang dan juga tertekan untuk mengahadapi peperiksaan .

Disini terdapat 5 cara untuk mengatasi masalah stres :-
 
1.Menguruskan diri anda

Langkah pertama adalah menguruskan diri anda . Kebanyakkanya, kita lebih banyak dalam menguruskan jadual waktu dari menguruskan diri sendiri. Dengan menguruskan diri sendiri kita dapat lebih banyak ketenangan dalam diri dan boleh mengurangkan rasa tekanan dalam diri 

2.  Bersenam 
Bersenam bukan sahaja dapat mengurangkan risiko diri mendapatkan penyakit malahan ia juga dapat mengurangkan stress yang terdapat dalam diri kita . Dengan bersenam dapat mengeluarkan  endorphins yang berkesan mengubah mood seseorang . Gerakkan badan ada selalu untuk mengurangkan stress

3. Kenalpasti badan (diri) anda 


Berikan tumpuan kepada diri anda kerana badan anda akan membantu anda untuk mengharungi kehidupan harian . Dengan mengenalpasti badan anda ia akan membantu anda membuat keputusan yang lebih baik . Sentiasa ikutkan kata hati dan akal kerana anda lebih mengenali diri anda dari orang lain 



4. Luahkan perasaan anda pada seseorang 

Kebanyakkan  orang yang menghadapi stres lebih suka mendiamkan diri dari bercerita masalah mereka kepada orang lain. Sebenarnya ia adalah satu cara yang salah . Sekiranya anda mempunyai masalah sebaiknya adalah berkongsi masalah pada orang yang boleh dipercayai seperti ibu bapa . Dengan cara ini anda akan dapat merasa diri anda lebih tenang dan beban yang tanggung dapat dikurangkan. 

5. Beri penghargaan kepada diri anda






Contohnya dengan melakukan aktiviti berkelah. Bila anda  lakukan aktiviti yang anda sukai anda melahirkan semangat atau azam yang baru untuk terus berusaha mencapai sesuatu dari berasa kesal kerana gagal . Dengan membina semangat baru dapat mengurangkan stres yang dihadapi oleh seseorang . 

0 comments :

Post a Comment

 
Copyright MY STORY IS REAL 2009. Powered by Blogger .Designed by Ezwpthemes .
Converted To Blogger Template by Anshul .